Saturday, May 10, 2008

Filem Malar Hijau Sepanjang Zaman


Semua orang tentu mempunyai satu filem kegemaran yang menjadi kegilaan sehingga menontonnya berulang-kali dan tidak ketinggalan juga dengan saya. Saya amat menggemari filem-filem romantik lakonan Antonio Banderas. Bagi saya beliau amat genius dalam melakonkan watak-watak yang mendatangkan kesan yang mendalam terhadap penonton yang menonton filem lakonannya. Salah satu dari lakonannya yang amat berkesan dan juga menyedarkan saya tentang betapa pentingnya menghargai sebuah ikatan kekeluargaan dan mereka yang berada disekeliling kita adalah:-


The Mambo Kings (1992)
Filem ini sebenarnya diadaptasikan dari sebuah buku yang berjudul The Mambo Kings Play Songs Of Love.
Ringkasan Plot
Pada awal 1950-an, 2 adik-beradik dari Cuba iaitu pemuzik Cesar dan Nestor Castillo terpaksa meninggalkan Havana selepas terlibat dengan pergaduhan besar dengan ketua samseng kelab tempat mereka membuat persembahan. Mereka akhirnya sampai di New York dan membuat pelbagai kerja untuk mencari nafkah disamping mencari peluang untuk mengembangkan karier muzik mereka. Suatu malam semasa mereka sedang berhibur disebuah kelab, Cesar Castillo telah secara tidak sengaja membuat persembahan yang mana telah menarik perhatian Tito Fuente,Raja Mambo ketika itu. Rentetan dari itu mereka telah mendapat jaringan dan hubungan dengan individu penting dalam industri hiburan. Di sana juga gadis penjual curut iaitu Lanna Lake telah pun jatuh hati kepada Cesar.
Manakala adiknya iaitu Nestor Castillo adalah seorang yang rendah diri dan juga amat setia pada kekasih hatinya di Cuba iaitu Maria. Dari sinilah beliau mencipta lagu yang kemudiannya menjadi kegilaan ramai iaitu Beatiful Maria Of My Soul. Tetapi pada suatu masa beliau telah berjumpa dengan seorang gadis iaitu Dolores iaitu seorang yang pemalu dan juga bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Perhubungan mereka berlanjutan sehingga Dolores mengandungkan anak Nestor dan akhirnya mereka pun berkahwin.
Tuah menyebelahi mereka apabila pada satu malam persembahan mereka telah ditonton oleh seorang pelanggan yang juga bintang terkenal di televisyen ketika itu iaitu Desi Arnaz. Beliau telah menjemput kedua-dua beradik Castillo untuk membuat persembahan di rancangan popular ketika itu iaitu I Love Lucy. Selepas kemunculan mereka dikaca televisyen Amerika pada masa itu telah menjadikan bintang terkenal sekelip mata. Mereka menjadi popular dan terkenal di seluruh pelosok Amerika. Bermulalah zaman kegemilangan mereka sebagai penghibur.
Namun tuah mereka tidak kekal lama kerana Nestor si adik tidak bercita-cita tinggi dan tidak mahu menjadi terlalu popular hanya cukup dengan menjadi pemilik kelab kecil-kecilan. Disamping itu juga beliau tidak dapat menahan konflik dalam dirinya sendiri yang tidak dapat melupakan Maria kekasih lamanya di Cuba. Abangnya Cesar cuba meyakinkan beliau inilah masa untuk mencipta kegemilangan dalam karier mereka dan beliau juga amat kecewa kerana Nestor mengabaikan cintanya terhadap isterinya iaitu Dolores kerana bagi beliau Dolores adalah wanita yang amat sesuai bagi Nestor. Beliau juga mahu Nestor melupakan kisah silam dan terus kehadapan.
Suatu malam ketika salji tebal ketika itu mereka perjalanan balik ke rumah, si adik Nestor yang membawa kereta manakala abangnya Cesar duduk dibelakang. Nestor tidak dapat dapat mengawal kereta dan terbabas melanggar sebatang pokok. Tragedi malang itu menyebabkan Nestor mati dan Cesar cedera parah.
Tragedi itu menyebabkan Cesar Castillo patah hati dan juga menyebabkan karier muziknya musnah mengenangkan kehilangan adik yang paling disayangi.
Beatiful Maria Of My Soul
Lagu ini juga amat berkesan dan tidak jemu-jemu didengar. Hasil ilham dari Arne Glimcher dan Robert Kraft.
Sekian,terima kasih.

No comments: